Monday 28 February 2011

Profil Pejabat


PENGENALAN

Daerah Kuala Muda terletak di bahagian tengah Negeri Kedah, dengan jarak kira-kira 40km di selatan Bandaraya Alor Setar.
Ia bersempadanan dengan Daerah Yan dan Daerah Pendang di sebelah Utara, Daerah Sik dan Daerah Baling di sebelah Timur, serta Daerah Perai Utara dan Daerah Kulim di bahagian Selatan.




SEJARAH

Nama Kuala Muda adalah bersempena Sungai Muda yang merupakan fokus aktiviti dan nadi kehidupan penduduk di awal pembukaannya. Ia bermula sebagai sebuah petempatan nelayan yang kemudiannya menjadi salah satu pelabuhan utama Kerajaan Kedah pada kurun ke-18




KELUASAN MUKIM

Keluasan Daerah Kuala Muda adalah 92,835.39 hektar. Ia meliputi 16 mukim. Berikut adalah keluasan setiap mukim :

MUKIM 
 KELUASAN
 Sungai Petani 18,520.01
 Gurun 20,054.24
 Semeling 4,059.50
 Bujang 7,628.19
 Merbok 4,890.19
 Bukit Meriam 3,830.01
 Kuala 714.39
 Kota 630.22
 Rantau Panjang 999.79
 Haji Kudong 412.83
 Simpor 1,993.83
 Sungai Pasir 3,670.56
 Pekula 2,201.26
 Pinang Tunggal 3,625.05
 Sidam Kiri 6,892.44
 Teloi Kiri 12,712.95
 Jumlah Keseluruhan 92,835.39
 
 JUMLAH PENDUDUK SEMASA DAN UNJURAN 2020

Dari segi kependudukan jumlah penduduk di Daerah Kuala Muda meningkat dari 254,372 pada tahun 1990 kepada 358,663 orang pada tahun 2000 dengan purata kadar pertumbuhan dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 3.89%. Anggaran penduduk pada tahun 2007 adalah seramai 445,680 dengan KPPT 3.15%.
Manakala menjelang tahun 2020, sasaran unjuran penduduk adalah seramai 527,159.


GUNA TANAH UTAMA TAHUN 1990-2008

Perubahan dalam guna tanah utama telah berlaku dengan ketara dalam kawasan tepubina dengan peningkatan sebanyak 48.77% bagi tempoh tahun 1990-2000, terutamanya dengan perkembangan kawasan kediaman.
Manakala perubahan mendadak dalam guna tanah kawasan tanah lapang dan rekreasi ( iaitu 973.81% ) adalah berpunca daripada pengelasan semula kawasan badan air, rezab sungai dan paya ke dalam kompenan ini. Kawasan pertanian pula mengalami kekurangan sebanyak 2.14% dalam tempoh 18 tahun tersebut dengan penukaran kawasan-kawasan estet kepada kediaman baru.